Tuesday, November 8, 2011

Aku bakal jadi Engineer??

Assalamulaikum.. Aku sebenarnya takdela minat sangat nak tulis panjang-panjang dalam blog ni, sebab aku memang bukan kaki pengarang yang baik..hahaa..pemalas betul aku ni. Ok, Kali ni aku nak kongsi sedikit cerita berkaitan dengan kehidupan sebagai seorang pelajar yang berjaya. ayat tak boleh blahh..hahaha.. Aku bakal jadi engineer? InsyaAllah, bulan 7 2012 aku akan grad dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Kalau nak ikutkan kos yang aku ambil ni memangla aku akan jadi engineer, tapi buat masa sekarang aku memang belum bersedia untuk dipanggil engineer. Entahla dah 3 tahun lebih belajar kejuruteraan, tapi macam tak tahu pape lagi. Sepanjang aku belajar kat Uitm ni, sem 7 la aku paling sibuk dengan design, final year project dan banyak lagi la. Mintak-mintak sem 8 nanti tak sibuk macam sem 7 ni. Aku ni macam jer student final year, tapi realitinya masih lagi macam student sem 1..hahaha.. Jom layan gambar kat bawah ni.. Semuanya disini, mengamit memori..layan....

Yang paling penting bagi seorang student.

Ir. Ahmad Faiz :)

Boleh ke aku jadi engineer erk?

Visit System Air Cond Uitm Puncak Alam!

Entah gambar ape aku amik kat belakang tu??

Muka baru lepas study. :)

InsyaAllah suatu hari nanti aku akan bersedia untuk jadi engineer yang berjaya. Doakan kejayaanku nanti.. :) Akanku tulis panjang-panjang pasal kehidupanku sebagai seorang pelajar bila dah kerja nanti.. Thank you guys :0)

Monday, October 3, 2011

Percutian di Portdickson

Assalamulaikum.. dah lama tak update blog ni. Kekadang malas nak update sebab banyak kerja nk kena siap almaklumlah dah masuk tahun akhir katakan..:) Minggu lepas aku dan housemate luangkan masa sama-sama untuk pergi ke Portdickson. Sebenarnya program ini x dirancang, tapi disebabkan kesungguhan kami serumah, program ini berjalan dengan lancar. Kali ni aku hanya nak kongsi sedikit gambar yang agak menarik sehari semalam di Portdickson..haha..So, jom layan sama-sama gambar ni.


Ni aku tengah berehat kat tepi pantai Teluk Kemang


The handsome boyss...hihii


Kat depan tu abg paling cute!!


Geng-geng housemate


Semua happy bila da sampai PD


Rumah penginapan kami..


Camera yang berjasa :)


BBQ tepi pantai..beshh giler!!


Mandi kolam sebelum bertolak pulang


Sape lagi hebat?? haha

Selain pergi jalan-jalan, ia jugak boleh rapatkan silaturahim antara kami satu rumah. Sahabat perlu jaga leklok, sebab mereka banyak bantu kita ketika dalam kesusahan. Bak kata pepatah biarlah hubungan kita dgn kawan-kawan tu seperti kuku dengan isi..ehh yerr ke? aku pun dah xingat dah.hahaa.. Wahai sahabat, kaulah sahabatku, kau teman sejati.. Semoga kita semua berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.amin..

Sunday, August 21, 2011

Apa itu malam tujuh likur??


Assalamualaikum semua.. Kali ni aku nak kongsi sikit pasal malam tujuh likur memandangkan kita masih berada dalam bulan ramadhan al-mubarak ni. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang malam tujuh likur dan mungkin jugak ada dalam kalangan kita tidak pernah dengar langsung tentang perkara tersebut.. yela tak pasang pelita kat rumah mana nak tahu bertapa meriahnya malam tu. Sejak aku makin besar ni, aku sendiri pun macam dah nak lupa malam tujuh likur ni.. owh tidak makin jahil ke aku ni?? tidak sesekali aku lupa akan malam tersebut.. ok aku malas nak borak kosong lebih-lebih, nanti tak pasal-pasal kurus pulak puasa aku ni takot banyak menipu..hahahaha


wooww cantiknya siap ada bunga lagi!!!!

Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, mak aku selalu suruh aku dan adik beradik yang lain pasang pelita bila datangnya malam tujuh likur ni. Bukan main seronok lagi aku malam tu, mana taknya ramai kawan datang kat umah aku sebab nak bakar mercun, wah siap berlubang baju aku kena mercun..ahhahaha.. Setelah umurku baru mencecah 22 tahun ni, banyakla persoalan yang menjadi tanda tanya. Salah satu daripadanya, kenapa malam tersebut kena pasang pelita? Aku pun tak pasti sangat dengan maksud malam tersebut, tapi kalau pembaca sudi kongsikan pendapat apa salahnya kan, bolehla kita sama-sama belajar.


aku pun macam ni la masa kecik-kecik dulu!!

Sebenarnya malam tujuh likur ni adalah sama dengan 10 ramadhan terakhir. Bagi masyarakat melayu terutamanya, malam ke-27 merupakan malam yang agak istimewa dan menggelarkan malam ini sebagai Malam Tujuh Likur. Sesetengah masyarakat memasang pelita di halaman rumah dan ada juga yang membuat jamuan-jamuan kecil bagi meraikan malam tersebut. Amalan menyambut malam tujuh likur dengan memasang pelita di halaman rumah kerana percaya bahawa roh-roh orang yang telah meninggal dunia akan kembali adalah tidak berasas dan tidak mengikut syariat. Ia hanya adat setempat yang diharuskan selagi tidak bertujuan sedemikian dan sebenarnya yang dituntut adalah melaksanakan 10 terakhir ramadhan dengan menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadat. So, jangan keliru ye semua, aku harap dengan sedikit info itu dapat membantu kita memahami apa itu malam tujuh likur.

Wallahu a`lam

Saturday, August 20, 2011

Beramal dalam 10 Ramadhan terakhir!!!



Jom pergi masjid!!!

Salam ramadhan untuk semua pembaca. Sedar tak sedar lagi sepuluh hari lagi dah nak raya!! owhh da nak raya ke?? Realitinya, kita masih berada dalam bulan ramadhan yang penuh dengan barakah. Ramadhan bukan semata-mata untuk menahan makan, minum dan nafsu sahaja, tetapi ramadhan adalah bulan ibadat, bulan keampunan dan kerahmatan.....para malaikat melebarkan sayap.....tak ingat la pulak lirik lagu ni, adoiiyyaa..hahahaa. Masih terlalu awal untuk bicara pasal raya..hahaha..Sebenarnya, masih ada yang lebih penting untuk kita semua tahu sempena dengan 10 Ramadhan terakhir ni!! Sepanjang 20 hari berpuasa, macam manalah amalan kita ni, mintak-mintak apa yang kita buat tu diterima oleh Allah S.W.T.

Untuk sepuluh terakhir ramadhan ni, mari kita sama-sama tingkatkan amal kita kepada Allah S.W.T. Terlalu banyak kebaikan dalam 10 malam terakhir ni. Nabi Muhammad s.a.w memperbanyakkan ibadat pada 10 malam terakhir ramadhan melebihi malam sebelumnya. Baginda menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah, mengejutkan keluarga dan mengasingkan diri daripada isteri-isterinya semata-mata untuk meningkatkan serta memfokuskan kepada ibadah. Mungkin semua dah tahu berkenaan dengan malam Lailatul Qadar, tapi saya ingin menggupas sedikit tentang keistimewaan malam al-Qadr untuk memperingati khasnya untuk diri saya dan umumnya kepada pembaca. Pada 10 malam terakhir ada satu malam yang dipanggil Lailatul Qadar iaitu malam yang mempunyai barakah dan keistimewaan yang banyak.

Antara keistimewaan malam al-Qadr :

1. Allah berfirman, malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. (Surah al-Qadr : 3)

2. Allah mensifatkan malam al-Qadr itu sebagai malam yang diberkati. (al-Dukhan : 3)

3. Pada malam itu Allah menurunkan para Malaikat dan Jibril bersama dengan kerahmatan dan keberkatan.

4. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa sesiapa sahaja yang menghidupkan berdasarkan hadith Nabi S.A.W "Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dalam keadaan beriman dan ihtisab ( ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu" (al-Bukhari dan Muslim)


al-quran adalah faktor kejayaan!!!

Sebagai muslim, marilah kita bersungguh-sungguh mencari malam Lailatul Qadar pada 10 malam akhir yang ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang bertuah mendapat malam al-Qadr amin..

Wallahu a`lam.

Saturday, August 13, 2011

Ni ape citer nie sampai bunuh mak ayah???



Ok, sebelum baca jom sama-sama doakan kesejahteraan pada ibu-bapa kita semua!!


Memang terkejutla tengok paper metro hari ni..BUNUH BAPA, TIKAM IBU.. lahanat punye anak..Kejadian ini berlaku ketika umat islam seluruh Malaysia menunggu untuk berbuka puasa. Kesian betul kat keluarga ni. Aku macam tak boleh terima laa bunuh-bunuh orang dengan sebab2 bodoh macam nie lebih-lebih lagi bunuh mak, ayah.. Setan punya anak, tak hargai langsung jasa mak ayah diorang bela daripada kecil sampai jadi manusia, tapi ini balasan yang dia berikan. Tak cukup lagi dengan tikam semua, sanggup dia tetak kaki bapanya sampai putus. Nauzubillah mintak jauhlaa benda2 macam nie berlaku dalam keluarga dan sahabat terdekat semua.

Menurut metro, suspek dipercayai mengalami masalah mental berang apabila tindakannya memarahi anak saudaranya membuat bising ketika menunggu waktu berpuasa ditegur adik ipar dan bapanya.. adoi memang dia ni mental betul lahh, dengan budak kecik pun nk berkira ke?? Bak skrip dalam KL Gangster haiiiyaa...busuk punya Olang suda mali maa..ini olang haa suka makan sambil berak. Inila orang tu, memang tak guna. Kalau boleh bawak berbincangla masalah tersebut, bukannya orang lain pun, keluarga sendiri kot!! takkan xleh nak dudukk semeja berbincang.



Mengikut harian metro lelaki terbabit masih bebas.. So, orang kat Kuala Nerang hati-hati sikit iyer, orang macam ni memang bahaya. Kita tak boleh baca fikiran orang macam ni.. Emm, kalau korang nak tahu lebih dalam lagi cerita nie, boleh la beli harian metro tak mahal punRM1.50 je.Ok laa sebelum terlupa, sama2 kita sedekahkan al-fatihah semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham Samah Sirun dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Arsenal semakin parah???



Arsenal the best club in EPL!!

Boleh ke arsenal mengekalkan kedudukan dalam carta empat kumpulan teratas dalam saingan EPL musim 2011/2012?? Arsenal kini bakal kehilangan dua tonggak utama iaitu Cesc Febrigas dan Samir Nasri yg berpindah ke Barcelona dan Manchester City masing2. Perghhh!!! ayat nak skema jer.wakkakaa... Untuk pengetahuan korang semua, dua pemain tersebut terlalu penting di bahagian tengah yang menjadi perancang utama dalam pasukan arsenal. Habislaa pening Arsene Wenger nak cari pengganti nanti..hahaha..



Cesc Febregas


Setahu aku Febregas nk pulang ke tanah air dia sejak dua musim lepas lagi(2009/2010), tapi atas sebab masih ada berbaki kontrak dengan arsenal, febregas terpaksa melupakan hajatnya tersebut. Kalau aku jadi pengurus arsenal, lepaskan jela senang, orang dah tak nak tinggal dalam kelab tu nak buat apa simpan lagi kan. :) Dengan yuran perpindahan sebanyak 35.9 juta pund bersamaan dengan RM 174.9 juta. Febregas terpaksa mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM 21.9 juta untuk memastikan penantian selama tiga tahun berakhir. Memangla yuran perpindahan tidak semahal Christiano Ronaldo, tapi perpindahan ini amat penting untuk Barcelona bagi menggantikan tempat Xavier Hernandez yg semakin berumur Senang cerita makin tua laa...hahaha.


Samir Nasri


Kini Samir Nasri pula dijangka bakal mengikut jejak langkah Fabregas berhijrah tetapi memilih untuk menyertai Manchester City. Pemain tengah Perancis berusia 24 tahun itu kini pada tahun terakhir kontraknya bersama Arsenal. City sedia menawarkan gaji berjumlah 180,000 pound (RM877,406) seminggu dengan yuran perpindahan bernilai 25 juta pound (RM121.8 juta). Aku rasakan diorang nak tinggalakan arsenal sebab arsenal sudah lama tak menang pape trophy. Yela, dengan usia diorang pun semakin meningkat, mestilah diorang nak merasa jugak pegang piala sepanjang krier kan Tapi tu hanya pendapat aku jela...

Untuk liga EPL aku tetap sokong arsenal kerana corak permainan arsenal hampir sama dengan Barcelona seperti sedia maklum dalam entry pertama aku..uwaaa..biasalah jarang2 sekali update blog. J Semoga arsenal terus maju walaupun tanpa tonggak berbisa mereka.. Good Bye Cesc Febregas dan Samir Nasri..

Wednesday, August 10, 2011

Ambil peluang di bulan puasa untuk berhenti merokok



No smoking area!! Selalu jumpa kan sign ni!!


Terlalu ramai perokok tegar yang susah untuk berhenti merokok..Kalau nak ikutkan, ramai jugak kawan-kawan aku merokok ni, tapi ramai jugak yang tak merokok..Fair laa kot..So, sempena dengan bulan ramadhan ni, mari la wahai perokok tegar semua ambil peluang dan kesempatan untuk berhenti merokok..hahaha..Bulan puasa ni, kita boeh latih diri supaya menahan nafsu, selain daripada menahan lapar dan dahaga. Seperti sedia maklum, ramai yang tahu akan keburukan merokok, tapi yang menjadi persoalannya sekarang adalah kenapa masih ramai yang bergiat aktif merokok tanpa memikirkan kesan dan akibat merokok? :) Hanya perokok saja yang boleh jawab persoalan ini.




haaa ni adalah kandungan dalam rokok..


Di sini ada sedikit panduan untuk berhenti merokok:

1. Mengurangkan bilangan rokok..contohnya macam ni, kalau hari ni korang ambil 10 batang rokok, esok korang kurangkanla kepada 9 batang rokok..Yela, entah-entah boleh pengsan orang tu kalau berhenti mengejut macam tu..
2. Melawan keinginan merokok.. Kalau korang rasa kuat, korang boleh teruskan amalkan langkah kedua, tapi untuk bagi yang kuat jelaa.Jika korang berjaya melawan nafsu untuk merokok, ia merupakan pemangkin semangat untuk korang melawan nafsu keesokkan harinya seterusnya sampai korang semua tiada lagi keinginan untuk merokok. Kalau puasa korang boleh tahan lapar semua, takkan tak merokok boleh sakit kot...hahaha
3. Jangan minum air yang mengandungi kafin seperti kopi, nescafe atau yang seangkatan dengannya. Ini boleh menambah keinginan untuk merokok. Kalau nak berbukak puasa atau sahur tu, korang tak payah minum manis, banyakkan minum air masak je.uwaaahaha

Sebenarnya banyak lagi cara untuk berhenti merokok, tapi saya bagi panduan yang mudah untuk sesiapa yang berminat untuk berhenti merokok sempena dengan bulan ramadhan. Jadi semoga hajat korang semua tercapai dan selamat beramal......:)

Thursday, May 26, 2011

Barcelona Vs Manchester United



Final Liga Juara-Juara di Wembley :

Perlawanan bola sepak liga juara-juara menyaksikan pertembungan antara Manchester United dengan Barcelona. Kedua-dua pasukan boleh dikatakan menunjukkan prestasi yang konsisten sepanjang liga bermula. Pada akhir liga menyaksikan kedua-dua pasukan berjaya memenangi piala liga EPL dan BBVA. Bagi aku perlawanan pada 29.05.11 dijanggka sengit kerana MU ingin membalas dendam untuk perlawanan akhir pada tahun 2009 yang menyaksikan MU terpaksa tunduk 2-0 pada Barcelona.So, di Wembley 2011 apa cer? hanya tunggu dan lihat ok??



Striker yang digeruni lawan, tak lain tak bukan Lionel Messi. Semoga Messi dapat menjaringkan banyak goal di Wembley nanti..hahhaa..



Wayne Rooney sebagai ancaman utama buat pasukan Barcelona


Aku rasa ramai peminat bola, mesti dah tidak sabar menunggu perlawanan tersebut. Apapun aku mengharapkan Barcelona mendapat kemenangan dalam perlawanan tersebut. Bukan apa pun, aku just nak suruh fan-fan MU jgn terlalu angkuh sangat dengan pasukan diorang...hahahaa.. aku xkesah Barcelona menang atau kalah yang penting kedua-dua pasukan menunjukkan perlawanan yang menarik pada awal pagi ahad nanti. Semoga perlawanan ini bersih and pada pasukan yang kalah diharap fansclub boleh terima kenyataan ok? hahaha.. At last, Barcelona menang 2-1 keatas Manchester United..hahaha..saksikan gol kemenangan Barcelona keatas Mu akhir liga juara-juara 2009.. selamat menonton...
http://www.youtube.com/watch?v=IDHiDdxSFW4

Sunday, May 8, 2011

Selamat menyambut hari ibu



HAPPY MOTHER`S DAY

Tanggal 8 mei merupakan hari yang bersejarah buat semua kaum ibu. ahhakss, sebelum itu nak tanya ada ke dalam kalangan kamu semua tahu apa yang ada dengan tarikh 8 MEI? Tarikh ini amat dinantikan oleh seseorang insan yang bergelar ibu.Pada anak-anak, ingatilah pada ibu kita kerana mereka telah membearkan kita semua tanpa sebarang cacat cela. Mereka sanggup menahan lapar bagi memberi anak-anaknya makanan yang mencukupi. Sebagai seorang ibu mereka memastikan anaknya berada dalam keadaan yang sihat dan tidak pernah senang jika anaknya dalam kesakitan. Sebenarnya banyak lagi pengorbanan ibu, tapi sebagai anak hendaklah menghargai jasa ibumu sebelum mata celik diorang menjadi tertutup untuk selama-lamanya.

Pernah tak korang terpikir apakah hadiah paling berharga buat ibu?? aku pun tengah fikir, walaupun aku tahu apakah hadiah yang perlu aku bagi. Walaupun hadiah itu tidak nampak dengan mata kasar, tapi hanya hatku sahaja tahu apa ertinya hadiah itu. Sebenarnya tidak perlu kita memberi hadiah yang mahal-mahal cukuplah sekadar mengingati jasa ibu korang dan menghormati diorang. Seeloknya cakaplah lembut-lembut dengan ibumu, sesungguhnya tiada guna hadiah setinggi gunung everest tapi hakikatnya KURANG HAJARQ dengan ibu korang semua.Mungkin korang semua tahu apa yang aku maksudkan kan? Aku ingin ibuku tahu yang aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidupnya di dunia mahu pun di akhirat. Inginku panjangkan doaku pada tuhan untuk ibuku(ASIAH BT MOHAMAD) YAALLAH YATUHANKU!! AMPUNILAH BAGIKU SEGALA DOSAKU DAN JUGA DOSA KEDUA-DUA IBU BAPAKU DAN KASIHANILAH MEREKA KEDUANYA SEBAGAIMANA MEREKA MEMELIHARA DAN MENDIDIKKU TIKA KU MASIH KECIL...AMIN...

kek aku bagi pada ma tersayang cantik x??
upacara tiup lilin n potong from ma!!


yang timun bukan hadiah taw!! hik2

Untuk kakakku yang merantau di Kuala Lumpur, mungkin ayat ini yang sedang diorang fikirkan `selamat hari ibu ma, terima kasih kerana menyayangi diri ini, suami dan anak-anak, ma terlalu baik buat kami semua. Ma tidak pernah membezakan-bezakan anak ma dan kami seronok bila kita dapat berjumpa, bergelak tawa bersama, masak, makan and shoping sama-sama best kan ma?` Penatlah ma and abah kena datang KL wahai Kak Long, Kak Ngah and Kak Nonie.. jom balik kampung. Jadi akhir kata aku ingin ucapkan Selamat Hari Ibu terutamanya pada ibuku dan seluruh kaum yang bergelar ibu. Sayanglah ibu anda sebelum tiada lagi ibumu...

SELAMAT>>>>>>>>>>>

Thursday, April 14, 2011

cIrI-CiRi WaNiTa YaNg DiSuKaI lElaKi


haiii...assalamualaikum semua!!! dah berhabuk blog ni...la da kot xupdate..maklumlah aku ni baru jer abis buat latihan industri.. so far Li kat KADA memang terbaik...bos-bos kat sana pun sporting giler laa... so, aku nak promote la KADA nie kot-kot ada lagi students yang xdapat tempat membuat LI...
ok, aku ni kira dlm proses nk mengenal blog la.... thanks cik Ezmaliza yang bnyk ajar saya... kali nie entry ni xbersangkut paut pun dgn bola tapi entry nie boleh dikatakan berfaedahla untuk semua yang bakal mencari calon isteri...ahhahahaa...
Antara ciri wanita yang disukai lelaki ;

1. Lelaki lebih suka kepada wanita yang pendengar setia dan mengikut kata.
`pendengar setia dan mengikut kata bukanlah bermakna king control tapi lebih kepada patuh dan taat pada suami selagi ia tidak bertentangan dgn ajaran islam`sebenarnya lelaki tidak suka kaum hawa yang suka membangkang..

2. Hormatinya
`Maksud hormati di sini adalah menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya` aku rase lelaki pun mesti kena buat macam tu jugak baru adil kan?

3. Suka dimanja
`Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik` woww...bagus2...heheehe perkataan yang selalu digunakan (sayang mucuk, sayang i love you, sayang awak ni kan tak macam lelaki lain la, sayang awak ni handsome la) walaupun lelaki tu tidaklah mempunyai sikap tersebut sebenarnya.

4. Mengambil berat pasal lelaki
`seperti wanita lelaki pun inginkan kaum hawa mengambil berat pasal dirinya` mungkin lelelaki ni rasa perempuan itu lebih prihatin terhadap dirinya.. betul x??

5. Jujur dalam tingkah laku
`Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran penting` macam ni lah janganlah korang sesekali menyorok sesuatu perkara yang berlaku pada teman anda kerana lelaki akan merasakan anda membelakangkannya. So, untuk jaga hubungan istana korang tu janganlah sorok, seeloknya bincanglah dengan teman anda..

6. Ingat hari-hari pentingnya
`Sebagai contoh mengetahui bila hari lahirnya dan seeloknya sambutlah hari lahirnya itu dengan penuh kemeriahan`( membuat suprise dengan menyediakan choclate pun sudah memadai) tak pun sambut hari lahirnya dengan penuh kesyukuran kerana dipanjangkan umur...hahahaa xdelah aku gurau je.... :)

7. Jangan terlalu kebudak-budakan dan pandai menggayakan pakaian
`Bersikap matang dalam setiap tindakan dan megenakan pakaian yg bersesuaian dengan tempat` bagi aku, aku xsuka perempuan yang terlalu kebudak-budakan kerana nampak sangat macam tak matang lagi.. dari segi pakaian takkan korang nak perempuan yang selekeh kan?? (ada lagi ke orang yang selekeh?) haha

8. Kecantikan
`Kecantikan wanita itu akan bertambah seri jika disulami dengan keimanan dan ketaqwaan` dan kata-kata yang paling sesuai, simpanlah kecantikan diri itu untuk bakal suami..

ciri-ciri wanita idamanku

fuhhh..penat den pikir nak tulis entry ni. sebenarnye banyak lagi ciri-ciri ni... kalau nak senaraikan semua mampuh korahh den..ahahaa.. nie pn aku share yang sekadar termampu. saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. entry ni tak ade kene mengena antara yang hidup atau yang telah meninggalkan dunia.. yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri...

selamattt.....!!!!!!!!!!---> thanks to cik EZma Tooo :)

Friday, February 11, 2011

PeRtEmBuNgaN GerGasi EroPah

ASSALAMUALAIKUM untuk sume yg sudi singah kat blogg niee..

untk pengetahuan sume nie entry ke2 bagi aku la... yelaa baru nak kenal blog kata kan?? hahaaha....ok berbalik cerita asal, prtembungan gergasi eropah?? ish22 biar btol dlm dunia ade gergasi?? ke nk berperang lg??




maksud aku disini adalah mengenai bola sepak eropah liga juara-juara.. skunk nie law nak ikutkn da masuk pusingan ke2 laa, baru lepas abis peringkat kumpulan. team yang aku maksudkan disini ialah pertembungan kelab antara Barcelona FC VS ARSEnal... barcelona adalah daripada team liga SPANISH, arsenal pula daripada ligaENGLISH premier league..

barcelona team


sebenarnya perlawanan nie macam perlawanan ulangan season lepas jugakla, sebab 2 kelab nie jugak la yg bertembung pada pusingan kedua jugak..barcelona seri 2 sama di tempat lawan menang 4-1 di tempat sendiri.. kalau nak ikutkan season lepas team barcelona la yang menang, tapi tahun nie xtawla sebab masing makin kuat.


team yang aku sokong adalah barcelona sebab ak ade gtaw dalam entry b4 niee..hahaha mean kene baca entry sebelum nie la...sowyy jangan marah yer... bagi aku kan, kedua-dua team nie semuanya hebat.. tapi bak pepatah orang puteh cakap the best team will win...hahaha kalau yang 2, xpayah orang puteh pun tahu kn???


pemain bintang barcelona ( LIONEL MESSI )

for your information game Champions league la yang aku paling tunggu dari awal2 season lagi.. yela mana taknya, semua team yang masuk liga nie hebat2. tapi kalau orang lain xtawlaa, tambah-tambah lagi orang yang xminat bola, fushhhh..so, aku xnak lepaskan peluang niee... aku nak la jugak tanya pendapat korang, team mana yang korang rasa leh menang?? kalau boleh bagi reason jugak ok??


tapi kn, yang aku pelik kenapa orang lebih-lebihkan world cup?? padahal, kalau nak ikutkan Champions league lebih hebat..tapi xpe biar aku yang jawab sendiri.. WOrld cup kn 4 tahun sekali, champions league pulak tiap-tiap tahun... 2 la sebabnya kn??? hihihihi kepada yang baru nak berjinak2 dengan bola, untuk pengetahuan semua kebanyakan game champions league bermula pada pagi2 buta lagi.. dari jam 2.45 hinggalah pukul 5... insyaAllah ramai yang jadi alim sikit... entah2 solat subuh kat masjid lg,yelaaa habis bola da boleh solat subuh...hahahahaha..juz kidding.. okla...harap2 bintang2 barcelona dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka untuk menjadikan game lebih menarik..

bintang-bintang barcelona yang dijangka akan turun V.valdes, D.Alves, Gerrad Pique, Puyol, Xavier hernandez, Andries Iniesta, LIOneL MESSI, David Villa, Keita, Sergio Busquet, pedro, abidal, bojan, marquez..



--saksikan perlawan antara barcelona vs arsenal pada 16 February 2011...

--segala kesulitan amatlah dikesali



Selamattttt...........

Sunday, February 6, 2011

ASSALAMUALAIKUM

haRi nie sy baru nk berjinak2 dgn blog... biasalaa baru kenal ternet katakn...hahaa

name ak AhmaD Faiz mUstaqim Bin Mohd Noor..

umo baru mencecah 22 tahun..
ade insan yg tersayang..Ezmaliza...hiihii..
ak nie anak yg k7 daripd 8 adik beradik..
blaja kat Uitm S.alam..
amik cos mechanical Engineering...

tujuan buat blog niee::
- nk bt kenangan pd ari tua nnti..
- xnk jd ketinggalan dlm IT niess...
- ak minat dlm bolaaa..so maybe entry ak niee lbey kpd bolaa...
- team favourite ak Barcelona FC...sbb cari maen team ni lbey kpd short pass...bezzz gileerr
-paling utama org ckp blog nie dpt bt duit..walaupn ckit tp lame2 jd bukit...kn??
-maybe dpt tambahh pengalaman n dpt tahu tentang keadaan sekeliling..
-1 ag tmpt ak luahkn ape yg ak nk tulisss...hhhaha :)...

so entry prtama nie just utk intdRodUce diri dulu laa... sy budak barU Belajar kalaU saAlahh tolong tunjukkn...smoga dgn adenya Blog nie akan lebey mematangkn diriku...InsYaAllah...

Selamat berbloggingg...
selamaatttttttt..!!