Wednesday, August 10, 2011

Ambil peluang di bulan puasa untuk berhenti merokok



No smoking area!! Selalu jumpa kan sign ni!!


Terlalu ramai perokok tegar yang susah untuk berhenti merokok..Kalau nak ikutkan, ramai jugak kawan-kawan aku merokok ni, tapi ramai jugak yang tak merokok..Fair laa kot..So, sempena dengan bulan ramadhan ni, mari la wahai perokok tegar semua ambil peluang dan kesempatan untuk berhenti merokok..hahaha..Bulan puasa ni, kita boeh latih diri supaya menahan nafsu, selain daripada menahan lapar dan dahaga. Seperti sedia maklum, ramai yang tahu akan keburukan merokok, tapi yang menjadi persoalannya sekarang adalah kenapa masih ramai yang bergiat aktif merokok tanpa memikirkan kesan dan akibat merokok? :) Hanya perokok saja yang boleh jawab persoalan ini.




haaa ni adalah kandungan dalam rokok..


Di sini ada sedikit panduan untuk berhenti merokok:

1. Mengurangkan bilangan rokok..contohnya macam ni, kalau hari ni korang ambil 10 batang rokok, esok korang kurangkanla kepada 9 batang rokok..Yela, entah-entah boleh pengsan orang tu kalau berhenti mengejut macam tu..
2. Melawan keinginan merokok.. Kalau korang rasa kuat, korang boleh teruskan amalkan langkah kedua, tapi untuk bagi yang kuat jelaa.Jika korang berjaya melawan nafsu untuk merokok, ia merupakan pemangkin semangat untuk korang melawan nafsu keesokkan harinya seterusnya sampai korang semua tiada lagi keinginan untuk merokok. Kalau puasa korang boleh tahan lapar semua, takkan tak merokok boleh sakit kot...hahaha
3. Jangan minum air yang mengandungi kafin seperti kopi, nescafe atau yang seangkatan dengannya. Ini boleh menambah keinginan untuk merokok. Kalau nak berbukak puasa atau sahur tu, korang tak payah minum manis, banyakkan minum air masak je.uwaaahaha

Sebenarnya banyak lagi cara untuk berhenti merokok, tapi saya bagi panduan yang mudah untuk sesiapa yang berminat untuk berhenti merokok sempena dengan bulan ramadhan. Jadi semoga hajat korang semua tercapai dan selamat beramal......:)

1 comment:

eZmALiZa said...

ayat mula2 je dah byk salah.

anyway, tahniah sbb awak tak merokok. good luck.