Saturday, August 13, 2011

Arsenal semakin parah???



Arsenal the best club in EPL!!

Boleh ke arsenal mengekalkan kedudukan dalam carta empat kumpulan teratas dalam saingan EPL musim 2011/2012?? Arsenal kini bakal kehilangan dua tonggak utama iaitu Cesc Febrigas dan Samir Nasri yg berpindah ke Barcelona dan Manchester City masing2. Perghhh!!! ayat nak skema jer.wakkakaa... Untuk pengetahuan korang semua, dua pemain tersebut terlalu penting di bahagian tengah yang menjadi perancang utama dalam pasukan arsenal. Habislaa pening Arsene Wenger nak cari pengganti nanti..hahaha..



Cesc Febregas


Setahu aku Febregas nk pulang ke tanah air dia sejak dua musim lepas lagi(2009/2010), tapi atas sebab masih ada berbaki kontrak dengan arsenal, febregas terpaksa melupakan hajatnya tersebut. Kalau aku jadi pengurus arsenal, lepaskan jela senang, orang dah tak nak tinggal dalam kelab tu nak buat apa simpan lagi kan. :) Dengan yuran perpindahan sebanyak 35.9 juta pund bersamaan dengan RM 174.9 juta. Febregas terpaksa mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM 21.9 juta untuk memastikan penantian selama tiga tahun berakhir. Memangla yuran perpindahan tidak semahal Christiano Ronaldo, tapi perpindahan ini amat penting untuk Barcelona bagi menggantikan tempat Xavier Hernandez yg semakin berumur Senang cerita makin tua laa...hahaha.


Samir Nasri


Kini Samir Nasri pula dijangka bakal mengikut jejak langkah Fabregas berhijrah tetapi memilih untuk menyertai Manchester City. Pemain tengah Perancis berusia 24 tahun itu kini pada tahun terakhir kontraknya bersama Arsenal. City sedia menawarkan gaji berjumlah 180,000 pound (RM877,406) seminggu dengan yuran perpindahan bernilai 25 juta pound (RM121.8 juta). Aku rasakan diorang nak tinggalakan arsenal sebab arsenal sudah lama tak menang pape trophy. Yela, dengan usia diorang pun semakin meningkat, mestilah diorang nak merasa jugak pegang piala sepanjang krier kan Tapi tu hanya pendapat aku jela...

Untuk liga EPL aku tetap sokong arsenal kerana corak permainan arsenal hampir sama dengan Barcelona seperti sedia maklum dalam entry pertama aku..uwaaa..biasalah jarang2 sekali update blog. J Semoga arsenal terus maju walaupun tanpa tonggak berbisa mereka.. Good Bye Cesc Febregas dan Samir Nasri..

No comments: