Saturday, August 20, 2011

Beramal dalam 10 Ramadhan terakhir!!!



Jom pergi masjid!!!

Salam ramadhan untuk semua pembaca. Sedar tak sedar lagi sepuluh hari lagi dah nak raya!! owhh da nak raya ke?? Realitinya, kita masih berada dalam bulan ramadhan yang penuh dengan barakah. Ramadhan bukan semata-mata untuk menahan makan, minum dan nafsu sahaja, tetapi ramadhan adalah bulan ibadat, bulan keampunan dan kerahmatan.....para malaikat melebarkan sayap.....tak ingat la pulak lirik lagu ni, adoiiyyaa..hahahaa. Masih terlalu awal untuk bicara pasal raya..hahaha..Sebenarnya, masih ada yang lebih penting untuk kita semua tahu sempena dengan 10 Ramadhan terakhir ni!! Sepanjang 20 hari berpuasa, macam manalah amalan kita ni, mintak-mintak apa yang kita buat tu diterima oleh Allah S.W.T.

Untuk sepuluh terakhir ramadhan ni, mari kita sama-sama tingkatkan amal kita kepada Allah S.W.T. Terlalu banyak kebaikan dalam 10 malam terakhir ni. Nabi Muhammad s.a.w memperbanyakkan ibadat pada 10 malam terakhir ramadhan melebihi malam sebelumnya. Baginda menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah, mengejutkan keluarga dan mengasingkan diri daripada isteri-isterinya semata-mata untuk meningkatkan serta memfokuskan kepada ibadah. Mungkin semua dah tahu berkenaan dengan malam Lailatul Qadar, tapi saya ingin menggupas sedikit tentang keistimewaan malam al-Qadr untuk memperingati khasnya untuk diri saya dan umumnya kepada pembaca. Pada 10 malam terakhir ada satu malam yang dipanggil Lailatul Qadar iaitu malam yang mempunyai barakah dan keistimewaan yang banyak.

Antara keistimewaan malam al-Qadr :

1. Allah berfirman, malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. (Surah al-Qadr : 3)

2. Allah mensifatkan malam al-Qadr itu sebagai malam yang diberkati. (al-Dukhan : 3)

3. Pada malam itu Allah menurunkan para Malaikat dan Jibril bersama dengan kerahmatan dan keberkatan.

4. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa sesiapa sahaja yang menghidupkan berdasarkan hadith Nabi S.A.W "Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dalam keadaan beriman dan ihtisab ( ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu" (al-Bukhari dan Muslim)


al-quran adalah faktor kejayaan!!!

Sebagai muslim, marilah kita bersungguh-sungguh mencari malam Lailatul Qadar pada 10 malam akhir yang ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang bertuah mendapat malam al-Qadr amin..

Wallahu a`lam.

8 comments:

MR. MIND said...

salam dak UiTM ke? Mekanikal? Samalah kita...jemput join http://www.facebook.com/groups/uitmblog/

faiz said...

@Mr.mind... yup bdk uitm.. mekanikal nk masok part 7 suda..ok2 no hall laa...

~eZmALiZa~ said...

semoga kite bertemu lagi dgn ramadhan al mubarak pada masa akan datang. sedih ramadan sudah mahu pergi dan syawal akan datang meraikan kita.

mereka yg terpilih oleh ALLAH akan dipertemukan dgn mlm lailatulqadar. semoga kite dapat bertemu dgn malam seribu bulan itu..

:)

Mohammed Faizal said...

hah...faiz...ni member aku uitm...kite 1 batch la...aku follow ko

faiz said...

@ezmaliza..iyer awk, hanya insan yg terpilih saja akan merasai malam 2 kn?? semoga kita semua dalam kalangan yang terpilih tu amin..

faiz said...

@mohammed faizal.. iyerlaa..da 1 batch..ak da lama follow ko..hahaha nnti jmpa kat faks tegorr yaa..wakakaka

Edy Zaidi said...

marilah sama2 ita mencari keberkatan ramadhan...bukan hanya beramal masa 10 malam terakhir je

faiz said...

@edy zaidi.. mmg betol, sepatotnya mcm 2 laa..memandangkan entry dibuat pd 10 hari terakhir ramadhan, sbb 2 tajuk dye beramal 10 terakhir ramadhan..