Sunday, January 12, 2014

bn DALAM KEKELIRUAN

Harga barang basah naik; alasanya, kerana hujan. Adakah kenyataan ini benar? Kenapakah pada tempoh ini iaitu December2013 hingga Januari2014?. Bagaimana pula pada tempoh masa sebelum ini?. Hujan tetap berlaku (Musim tengkujuh - ikan kurang dan sayur-sayuran tak menjadi. Semua barang basah berkurangan) tetapi tidak menjadi topik hangat di dalam akhbar . Hari ini HARGA BARANG BASAH NAIK sehinggakan "Orang Biasa", Profesor, peniaga, pemborong, pembekal dan pengguna bercakap dan memberi pandangan dan pendapat. Ada pemimpin negara bercakap faktor kenaikan itu disebabkan HUJAN.

Munasabah atau tidak?. Yang peliknya "Barang kering" pun naik dan dah lama naik. Mungkin alasanyan ialah hujan dan bekalan berkurangan.Yang sangat menarik ada pula pemimpin negara mengatakan "jangan salahkan kerajaan, kita sama-sama bertanggung jawab dan lihat negara lain harganya lebih tinggi dari dari negara kita". Pada pandangan saya alasan mudah ini terlalu kebudak-budakan. Sebagai pemimpin berkeliber carilah langkah supaya bn tidak berlaku manakala wakil parlimen pun mestilah berani memberi pandangan dan berhujah (sebagaiman seperti YB tu yang dah menang 3 penggal )

Ahli-ahli parlimen sumbangkanlah idea bernas kepada pemimpin negara janganlah jadi seperti ular sawa yang kekenyangan (Malas bergerak, diam dan tidur - maklumlah menang pilihanraya). Tak berbaloi sekadar "Ziarah orang sakit", "Bagi beg sekolah", "Bagi hamper kepada mangsa banjir dan rakannya pula?". lepas itu promosi dalam akhbar pula; kononnya MP yang buat kerja dan turun padang.

Slogan "Dahulukan Rakyat Dan Pencapaian Diutamakan", kalau dah semuanya harga naik; dahulukan rakyat- tak berapa betul, manakala segala permasalahan di atas dikongsikan dengan rakyat dan tidak boleh salahkan kerajaan;- maknanya pencapaian tidak diutamakan.

FIKIR-FIKIRKAN.


YANG BENAR,

MOHD NOOR BIN MAT YUNUS
..........................................................

Tuesday, November 8, 2011

Aku bakal jadi Engineer??

Assalamulaikum.. Aku sebenarnya takdela minat sangat nak tulis panjang-panjang dalam blog ni, sebab aku memang bukan kaki pengarang yang baik..hahaa..pemalas betul aku ni. Ok, Kali ni aku nak kongsi sedikit cerita berkaitan dengan kehidupan sebagai seorang pelajar yang berjaya. ayat tak boleh blahh..hahaha.. Aku bakal jadi engineer? InsyaAllah, bulan 7 2012 aku akan grad dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Kalau nak ikutkan kos yang aku ambil ni memangla aku akan jadi engineer, tapi buat masa sekarang aku memang belum bersedia untuk dipanggil engineer. Entahla dah 3 tahun lebih belajar kejuruteraan, tapi macam tak tahu pape lagi. Sepanjang aku belajar kat Uitm ni, sem 7 la aku paling sibuk dengan design, final year project dan banyak lagi la. Mintak-mintak sem 8 nanti tak sibuk macam sem 7 ni. Aku ni macam jer student final year, tapi realitinya masih lagi macam student sem 1..hahaha.. Jom layan gambar kat bawah ni.. Semuanya disini, mengamit memori..layan....

Yang paling penting bagi seorang student.

Ir. Ahmad Faiz :)

Boleh ke aku jadi engineer erk?

Visit System Air Cond Uitm Puncak Alam!

Entah gambar ape aku amik kat belakang tu??

Muka baru lepas study. :)

InsyaAllah suatu hari nanti aku akan bersedia untuk jadi engineer yang berjaya. Doakan kejayaanku nanti.. :) Akanku tulis panjang-panjang pasal kehidupanku sebagai seorang pelajar bila dah kerja nanti.. Thank you guys :0)

Monday, October 3, 2011

Percutian di Portdickson

Assalamulaikum.. dah lama tak update blog ni. Kekadang malas nak update sebab banyak kerja nk kena siap almaklumlah dah masuk tahun akhir katakan..:) Minggu lepas aku dan housemate luangkan masa sama-sama untuk pergi ke Portdickson. Sebenarnya program ini x dirancang, tapi disebabkan kesungguhan kami serumah, program ini berjalan dengan lancar. Kali ni aku hanya nak kongsi sedikit gambar yang agak menarik sehari semalam di Portdickson..haha..So, jom layan sama-sama gambar ni.


Ni aku tengah berehat kat tepi pantai Teluk Kemang


The handsome boyss...hihii


Kat depan tu abg paling cute!!


Geng-geng housemate


Semua happy bila da sampai PD


Rumah penginapan kami..


Camera yang berjasa :)


BBQ tepi pantai..beshh giler!!


Mandi kolam sebelum bertolak pulang


Sape lagi hebat?? haha

Selain pergi jalan-jalan, ia jugak boleh rapatkan silaturahim antara kami satu rumah. Sahabat perlu jaga leklok, sebab mereka banyak bantu kita ketika dalam kesusahan. Bak kata pepatah biarlah hubungan kita dgn kawan-kawan tu seperti kuku dengan isi..ehh yerr ke? aku pun dah xingat dah.hahaa.. Wahai sahabat, kaulah sahabatku, kau teman sejati.. Semoga kita semua berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.amin..

Sunday, August 21, 2011

Apa itu malam tujuh likur??


Assalamualaikum semua.. Kali ni aku nak kongsi sikit pasal malam tujuh likur memandangkan kita masih berada dalam bulan ramadhan al-mubarak ni. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang malam tujuh likur dan mungkin jugak ada dalam kalangan kita tidak pernah dengar langsung tentang perkara tersebut.. yela tak pasang pelita kat rumah mana nak tahu bertapa meriahnya malam tu. Sejak aku makin besar ni, aku sendiri pun macam dah nak lupa malam tujuh likur ni.. owh tidak makin jahil ke aku ni?? tidak sesekali aku lupa akan malam tersebut.. ok aku malas nak borak kosong lebih-lebih, nanti tak pasal-pasal kurus pulak puasa aku ni takot banyak menipu..hahahaha


wooww cantiknya siap ada bunga lagi!!!!

Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, mak aku selalu suruh aku dan adik beradik yang lain pasang pelita bila datangnya malam tujuh likur ni. Bukan main seronok lagi aku malam tu, mana taknya ramai kawan datang kat umah aku sebab nak bakar mercun, wah siap berlubang baju aku kena mercun..ahhahaha.. Setelah umurku baru mencecah 22 tahun ni, banyakla persoalan yang menjadi tanda tanya. Salah satu daripadanya, kenapa malam tersebut kena pasang pelita? Aku pun tak pasti sangat dengan maksud malam tersebut, tapi kalau pembaca sudi kongsikan pendapat apa salahnya kan, bolehla kita sama-sama belajar.


aku pun macam ni la masa kecik-kecik dulu!!

Sebenarnya malam tujuh likur ni adalah sama dengan 10 ramadhan terakhir. Bagi masyarakat melayu terutamanya, malam ke-27 merupakan malam yang agak istimewa dan menggelarkan malam ini sebagai Malam Tujuh Likur. Sesetengah masyarakat memasang pelita di halaman rumah dan ada juga yang membuat jamuan-jamuan kecil bagi meraikan malam tersebut. Amalan menyambut malam tujuh likur dengan memasang pelita di halaman rumah kerana percaya bahawa roh-roh orang yang telah meninggal dunia akan kembali adalah tidak berasas dan tidak mengikut syariat. Ia hanya adat setempat yang diharuskan selagi tidak bertujuan sedemikian dan sebenarnya yang dituntut adalah melaksanakan 10 terakhir ramadhan dengan menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadat. So, jangan keliru ye semua, aku harap dengan sedikit info itu dapat membantu kita memahami apa itu malam tujuh likur.

Wallahu a`lam