Friday, November 13, 2020

Perbezaan Lamb Dan Mutton

Alahaiii, memang berhabuk habis dah, terlalu lama sangat terbiar. Abam sebenarnya tertarik sangat dalam perniagaan melibatkan haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan kerbau di mana kesemua haiwan tersebut abam makan makan. Abam percaya seluruh rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menikmati keenakan daging-daging tersebut. Disebabkan minat abam yang mendalam, abam cuba menceburi perniagaan dalam menjual Kambing Perap, yang diberi nama Kambing Perap QQ. Entri pada kali ini lebih menekan berkenaan dengan perbezaan daging Kambing LAMB dan MUTTON 🐑🐑.



Jadi pada hari ni abam nak bagi sedikit info pasal dua jenis kambing yang selalu digunakan iaitu Lamb dan Mutton.Terdapat beberapa perbezaan di antara dua jenis kambing ini dari segi rasa, tekstur dan sudah pasti harganya.

>> LAMB ialah daging anak kambing biri-biri yang berumur kurang dari satu tahun atau belum berumur 12 bulan. Mungkin anak kambing biri-biri yang berumur 6 bulan, 8 bulan atau 10 bulan yang telah mencapai berat dan sasaran yang dikehendaki dan ia sesuai untuk disembelih. Ia bertujuan untuk menyediakan daging bagi catering, BBQ dan sebagainya

>> MUTTON pula ialah kambing biri-biri yang lebih tua. Biasanya ia berumur lebih dari satu tahun. 


~PERBEZAAN~

>>Perbezaan daging LAMB dan MUTTON sangat ketara. Daging LAMB lebih lembut dan 'juicy'. Ia sangat sesuai bagi tujuan menyediakan daging untuk BBQ atau kambing golek kerana rasanya sedap, lembut dan 'juicy'.

>>Manakala daging MUTTON pula lebih sesuai untuk masakan yang lebih berat seperti gulai, kari, sup, stew, masak biryani, atau masakan bersama nasi arab. Ini kerana daging MUTTON lebih pejal dan keras. 

>> Perbezaan dari segi harga juga sangat ketara. Harga daging LAMB, Jauh lebih mahal berbanding dengan daging MUTTON.

Apa pun berbezaan antara LAMB dan MUTTON, masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ia mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan tujuan penggunaannya. Yang penting kita pandai memilih daging LAMB atau daging MUTTON untuk tujuan yang berbeza.

——————————————————————

Dah!! daripada abam membebel lagi panjang, Jom kita grill kambing hari ni. Kambing Perap QQ cuma perlu di grill selama 7-10 minit saja atas kuali tu. Tak perlu grill lama-lama sebab nanti hilanglah segala juicy lemak manis kambing tu nanti. Kan senang tuuu... time-time macam ni kita kena jimatkan masa kat dapur. Dah la cepat je nak masak, rasa dia confirm sedap menjilat jari. 😋 Di jamin kerat jari admin ni kalau uols cakap tak sedap 😄



Harga : 1kg RM45; 2kg RM85 (jimat RM5). PERCUMA brown sauce 100g.

🛵 Delivery available seluruh Selangor/KL

Nak order? 📲 WhatsApp 013 719 1236 atau klik sini 

wasap.my/60137191236/KambingPerapQQ

wasap.my/60137191236/KambingPerapQQ

wasap.my/60137191236/KambingPerapQQ



Haa dah tahu sedikit sebanyak info pasal berkenaan dengan LAMB dan MUTTON jangan kata pulak Kambing Perap QQ mahal pulak taw. Kalau dekat pasar tahun 2020 sekarang ni, kebanyakan harga LAMB sekitar RM33/Kg, kalau nak dibandingkan dengan MUTTON hanya sekitar RM28/Kg. Ni baru bahan mentah ya, belum campur kos bahan perap lagi. 

Jom sama-sama support bisness Kambing Perap QQ di mana dijanjikan kelazatan yang berganda. SEKALI RASA TERMIMPI-MIMPI.. 

<insya allah untuk entri berikutnya, abam akan berkongsi kelebihan Kambing Perap QQ.>