Saturday, August 13, 2011

Ni ape citer nie sampai bunuh mak ayah???



Ok, sebelum baca jom sama-sama doakan kesejahteraan pada ibu-bapa kita semua!!


Memang terkejutla tengok paper metro hari ni..BUNUH BAPA, TIKAM IBU.. lahanat punye anak..Kejadian ini berlaku ketika umat islam seluruh Malaysia menunggu untuk berbuka puasa. Kesian betul kat keluarga ni. Aku macam tak boleh terima laa bunuh-bunuh orang dengan sebab2 bodoh macam nie lebih-lebih lagi bunuh mak, ayah.. Setan punya anak, tak hargai langsung jasa mak ayah diorang bela daripada kecil sampai jadi manusia, tapi ini balasan yang dia berikan. Tak cukup lagi dengan tikam semua, sanggup dia tetak kaki bapanya sampai putus. Nauzubillah mintak jauhlaa benda2 macam nie berlaku dalam keluarga dan sahabat terdekat semua.

Menurut metro, suspek dipercayai mengalami masalah mental berang apabila tindakannya memarahi anak saudaranya membuat bising ketika menunggu waktu berpuasa ditegur adik ipar dan bapanya.. adoi memang dia ni mental betul lahh, dengan budak kecik pun nk berkira ke?? Bak skrip dalam KL Gangster haiiiyaa...busuk punya Olang suda mali maa..ini olang haa suka makan sambil berak. Inila orang tu, memang tak guna. Kalau boleh bawak berbincangla masalah tersebut, bukannya orang lain pun, keluarga sendiri kot!! takkan xleh nak dudukk semeja berbincang.



Mengikut harian metro lelaki terbabit masih bebas.. So, orang kat Kuala Nerang hati-hati sikit iyer, orang macam ni memang bahaya. Kita tak boleh baca fikiran orang macam ni.. Emm, kalau korang nak tahu lebih dalam lagi cerita nie, boleh la beli harian metro tak mahal punRM1.50 je.Ok laa sebelum terlupa, sama2 kita sedekahkan al-fatihah semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham Samah Sirun dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

6 comments:

~eZmALiZa~ said...

ibu bapa ni lah yg menjadi kekuatan kita. kalau mereka pon kite tidak hormat nescaya hidup tidak berkat.

faiz said...

yup.. ibu bapa lahh punca segala2nya yg menetukan kejayaan seseorg 2..sayangila mereka..

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

seburuk mane pun mak bpk kite, mereka wajib dihormati.

faiz said...

@khumaera yaa betoll suda sememangnya semua manusia perlu hormati mak bpk.

Edy Zaidi said...

apa punya org..kasi bunuh je balik org camni

faiz said...

@edy zaid.. yerr mmg patot pn...tp xleyy bulan puasa...hiiii