Sunday, May 8, 2011

Selamat menyambut hari ibu



HAPPY MOTHER`S DAY

Tanggal 8 mei merupakan hari yang bersejarah buat semua kaum ibu. ahhakss, sebelum itu nak tanya ada ke dalam kalangan kamu semua tahu apa yang ada dengan tarikh 8 MEI? Tarikh ini amat dinantikan oleh seseorang insan yang bergelar ibu.Pada anak-anak, ingatilah pada ibu kita kerana mereka telah membearkan kita semua tanpa sebarang cacat cela. Mereka sanggup menahan lapar bagi memberi anak-anaknya makanan yang mencukupi. Sebagai seorang ibu mereka memastikan anaknya berada dalam keadaan yang sihat dan tidak pernah senang jika anaknya dalam kesakitan. Sebenarnya banyak lagi pengorbanan ibu, tapi sebagai anak hendaklah menghargai jasa ibumu sebelum mata celik diorang menjadi tertutup untuk selama-lamanya.

Pernah tak korang terpikir apakah hadiah paling berharga buat ibu?? aku pun tengah fikir, walaupun aku tahu apakah hadiah yang perlu aku bagi. Walaupun hadiah itu tidak nampak dengan mata kasar, tapi hanya hatku sahaja tahu apa ertinya hadiah itu. Sebenarnya tidak perlu kita memberi hadiah yang mahal-mahal cukuplah sekadar mengingati jasa ibu korang dan menghormati diorang. Seeloknya cakaplah lembut-lembut dengan ibumu, sesungguhnya tiada guna hadiah setinggi gunung everest tapi hakikatnya KURANG HAJARQ dengan ibu korang semua.Mungkin korang semua tahu apa yang aku maksudkan kan? Aku ingin ibuku tahu yang aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidupnya di dunia mahu pun di akhirat. Inginku panjangkan doaku pada tuhan untuk ibuku(ASIAH BT MOHAMAD) YAALLAH YATUHANKU!! AMPUNILAH BAGIKU SEGALA DOSAKU DAN JUGA DOSA KEDUA-DUA IBU BAPAKU DAN KASIHANILAH MEREKA KEDUANYA SEBAGAIMANA MEREKA MEMELIHARA DAN MENDIDIKKU TIKA KU MASIH KECIL...AMIN...

kek aku bagi pada ma tersayang cantik x??
upacara tiup lilin n potong from ma!!


yang timun bukan hadiah taw!! hik2

Untuk kakakku yang merantau di Kuala Lumpur, mungkin ayat ini yang sedang diorang fikirkan `selamat hari ibu ma, terima kasih kerana menyayangi diri ini, suami dan anak-anak, ma terlalu baik buat kami semua. Ma tidak pernah membezakan-bezakan anak ma dan kami seronok bila kita dapat berjumpa, bergelak tawa bersama, masak, makan and shoping sama-sama best kan ma?` Penatlah ma and abah kena datang KL wahai Kak Long, Kak Ngah and Kak Nonie.. jom balik kampung. Jadi akhir kata aku ingin ucapkan Selamat Hari Ibu terutamanya pada ibuku dan seluruh kaum yang bergelar ibu. Sayanglah ibu anda sebelum tiada lagi ibumu...

SELAMAT>>>>>>>>>>>

2 comments:

eZmALiZa said...

ejaan byk silap.kesalahan ayat pon banyak.sila bace btol2 b4 publish entry.jgn men serbu je!

faiz said...

hahaa..tq for da interuption...