Sunday, August 21, 2011

Apa itu malam tujuh likur??


Assalamualaikum semua.. Kali ni aku nak kongsi sikit pasal malam tujuh likur memandangkan kita masih berada dalam bulan ramadhan al-mubarak ni. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang malam tujuh likur dan mungkin jugak ada dalam kalangan kita tidak pernah dengar langsung tentang perkara tersebut.. yela tak pasang pelita kat rumah mana nak tahu bertapa meriahnya malam tu. Sejak aku makin besar ni, aku sendiri pun macam dah nak lupa malam tujuh likur ni.. owh tidak makin jahil ke aku ni?? tidak sesekali aku lupa akan malam tersebut.. ok aku malas nak borak kosong lebih-lebih, nanti tak pasal-pasal kurus pulak puasa aku ni takot banyak menipu..hahahaha


wooww cantiknya siap ada bunga lagi!!!!

Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, mak aku selalu suruh aku dan adik beradik yang lain pasang pelita bila datangnya malam tujuh likur ni. Bukan main seronok lagi aku malam tu, mana taknya ramai kawan datang kat umah aku sebab nak bakar mercun, wah siap berlubang baju aku kena mercun..ahhahaha.. Setelah umurku baru mencecah 22 tahun ni, banyakla persoalan yang menjadi tanda tanya. Salah satu daripadanya, kenapa malam tersebut kena pasang pelita? Aku pun tak pasti sangat dengan maksud malam tersebut, tapi kalau pembaca sudi kongsikan pendapat apa salahnya kan, bolehla kita sama-sama belajar.


aku pun macam ni la masa kecik-kecik dulu!!

Sebenarnya malam tujuh likur ni adalah sama dengan 10 ramadhan terakhir. Bagi masyarakat melayu terutamanya, malam ke-27 merupakan malam yang agak istimewa dan menggelarkan malam ini sebagai Malam Tujuh Likur. Sesetengah masyarakat memasang pelita di halaman rumah dan ada juga yang membuat jamuan-jamuan kecil bagi meraikan malam tersebut. Amalan menyambut malam tujuh likur dengan memasang pelita di halaman rumah kerana percaya bahawa roh-roh orang yang telah meninggal dunia akan kembali adalah tidak berasas dan tidak mengikut syariat. Ia hanya adat setempat yang diharuskan selagi tidak bertujuan sedemikian dan sebenarnya yang dituntut adalah melaksanakan 10 terakhir ramadhan dengan menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadat. So, jangan keliru ye semua, aku harap dengan sedikit info itu dapat membantu kita memahami apa itu malam tujuh likur.

Wallahu a`lam

8 comments:

Anonymous said...

ooo gitu..bagus2..tambah knowledge...

eZmALiZa said...

baru tahu..tp malam tujuh likur nak pasang pelita mcm mane kalau uma kite cume sekadar apartment? pasang pelita dalam bilik boleh ke? huhu.. :D

faiz said...

@anonymous..yup share ckit2 ape yg kite tahu...hihi

faiz said...

@ezmaliza.. law umah apartment pasang la pelita kat sekeliling bangunan 2.. tp yg 2, perlu kerjasama semua org la..

Asfan Ash said...

sebenarnya itu adat je...xde kaitan dengan roh ke apa. Roh orang yang mati mana boleh kembali ke rumah hahahha. Ni semua bid'ah ni

cuma kalau pasang pelita bebanyak nampak meriah ah.

faiz said...

@arc..memag 2 adat je..bak kata pepatah biar mati anak, jgn mati adat..tp pepatah yg kata..aku x!! ahhaha

Mek Onie said...

selamat hari ghayo :)

faiz said...

@meaw..selamat ari rayo jugopp