Sunday, January 12, 2014

bn DALAM KEKELIRUAN

Harga barang basah naik; alasanya, kerana hujan. Adakah kenyataan ini benar? Kenapakah pada tempoh ini iaitu December2013 hingga Januari2014?. Bagaimana pula pada tempoh masa sebelum ini?. Hujan tetap berlaku (Musim tengkujuh - ikan kurang dan sayur-sayuran tak menjadi. Semua barang basah berkurangan) tetapi tidak menjadi topik hangat di dalam akhbar . Hari ini HARGA BARANG BASAH NAIK sehinggakan "Orang Biasa", Profesor, peniaga, pemborong, pembekal dan pengguna bercakap dan memberi pandangan dan pendapat. Ada pemimpin negara bercakap faktor kenaikan itu disebabkan HUJAN.

Munasabah atau tidak?. Yang peliknya "Barang kering" pun naik dan dah lama naik. Mungkin alasanyan ialah hujan dan bekalan berkurangan.Yang sangat menarik ada pula pemimpin negara mengatakan "jangan salahkan kerajaan, kita sama-sama bertanggung jawab dan lihat negara lain harganya lebih tinggi dari dari negara kita". Pada pandangan saya alasan mudah ini terlalu kebudak-budakan. Sebagai pemimpin berkeliber carilah langkah supaya bn tidak berlaku manakala wakil parlimen pun mestilah berani memberi pandangan dan berhujah (sebagaiman seperti YB tu yang dah menang 3 penggal )

Ahli-ahli parlimen sumbangkanlah idea bernas kepada pemimpin negara janganlah jadi seperti ular sawa yang kekenyangan (Malas bergerak, diam dan tidur - maklumlah menang pilihanraya). Tak berbaloi sekadar "Ziarah orang sakit", "Bagi beg sekolah", "Bagi hamper kepada mangsa banjir dan rakannya pula?". lepas itu promosi dalam akhbar pula; kononnya MP yang buat kerja dan turun padang.

Slogan "Dahulukan Rakyat Dan Pencapaian Diutamakan", kalau dah semuanya harga naik; dahulukan rakyat- tak berapa betul, manakala segala permasalahan di atas dikongsikan dengan rakyat dan tidak boleh salahkan kerajaan;- maknanya pencapaian tidak diutamakan.

FIKIR-FIKIRKAN.


YANG BENAR,

MOHD NOOR BIN MAT YUNUS
..........................................................

No comments: